Video muzik It's_Oh_So_Quiet

Björk naik ke langit di dalam video "It's Oh So Quiet".

Video muzik bagi lagu "It's Oh So Quiet" telah diarah oleh pengarah video muzik, Spike Jonze. Video muzik ini telah dirakam di bandar New York, Amerika Syarikat.

Video ini bermula dengan Björk berada di dalam tandas yang sangat kotor dan sedang mencuci muka di sinki. Beliau keluar dari tandas, lalu sampai ke dalam sebuah kedai auto. Di sana, beliau telah menari ala muzikal bersama beberapa orang yang turut berada di dalam kedai tersebut. Setelah itu, beliau keluar menuju ke lorong jalan di luar, di mana di sana beliau telah menari bersama orang yang lalu-lalang setiap kali tiba di bahagian korus lagu ini. Video ini berakhir dengan babak di mana Björk menaik ke langit setelah menari bersama penari-penari latar belakang yang lain.

Gerakan Björk dalam video muzik ini adalah selari seperti kelajuan rentak dalam lagu ini. Sebagai contohnya, beliau dapat kelihatan berjalan dengan lambat di bahagian rangkap, namun menari dengan rancaknya setibanya di bahagian korus.

Video muzik ini adalah berdasarkan filem 1964 Parapluies De Cherbourg oleh Jacques Demy[2].

Pada Oktober 2007, MuchMoreMusic telah meletakkan "It's Oh So Quiet" pada kedudukan nombor 8 pada senarai Top 40 Most Memorable Music Videos (40 Video Muzik Paling Diingati) dalam "Listed".

Video muzik ini telah ditampilkan dengan banyaknya dalam beberapa Top 20 VH1 di Amerika Latin.